Breastfeeding I

hello! selamat pagi~~ hah gitu…pagi-pagi jiran sebelah rumah ketuk tingkap tunjuk gambar peti ais dia..T_T kalau tunjuk pic peti ais aku mesti dia jeles :p isssh tak baik riak!

ok lah bukan dia sorang sahaja mengalami masalah yang sama, kawan-kawan opis yang juga ikut breastfeeding anak pun mengalami masalah yang sama. kalau kawan opis aku nie memang dia jenis suka pam susu bila breast penuh jer, dia tak ikut timing macam aku buat. waktu timing aku masa awal 3 bulan pertama Om sampai usia dia 6 bulan…aku buat tanpa ada skip pun… 10am, 1pm dan 4pm…yang nie aku make sure tanpa ada skip..buat hari- hari melainkan waktu cuti (jumaat & sabtu aku tukar malam) 10 mlm & 4 am… so alhamdulillah…masa bulan puasa, walaupun susu merundum..boleh rotate susu lama untuk dia minum…and susu yang baru aku boleh frozekan…

and masa bulan puasa, susu aku drop. bulan puasa, pastu masa aku kena food poisoning.. perghh! drop sesangat… so aku abik mamom gold. aku pernah abik mamom masa lepas dalam pantang. ok masa aku balik dari kl-sungai petani, aku x bawa stok susu banyak…adalah dalam 20 pek kot masa tue… 20 pek x 3 oz jer masa nie, tue tak banyak,…aku pantang rumah mak aku…so tak kan nak penuhkan peti ais rumah dia lak kan? dah lah mak aku jenis rajin bersihkan peti ais, so masa stok susu aku nie dalam peti ais rumah dia aku pesan hari2 siap buh sticker note, jangan offkan peti ais… T_T

so masa balik sungai petani awal 2 minggu…minggu pertama ai tak hantar om lagi..sebab tengah usaha untuk dapatkan stok susu lagi… masa nie pam dengan konsisten sangat… tak pernah miss .. kalau sebelah om tengah minum…sebalah lagi pam juga..sampai dapat jumlah target .. so seminggu sebelum ai naik kerja.. ai hantar om ke taska dengan bekalan 7 pek x 3 oz… memang habis! berpeluh mak!

so awal dulu sebelum om start makan..sebelum dia cecah usia 6 bulan..memang dia bawa bekal 7 pek x 3oz..and kenkadang adalah baki 1 pek…kenkadang takder baki…kalau ada baki tue simpan terus kat sekolah… alhamdulillah at least memang masa awal 6 months dulu 21 oz – 28 oz boleh dapat sehari..maknanya pam seawal pukul 5am berakhir selepas pukul 2am, and guna mamom masa awal nak kumpul stok jer..pastu terus stop..sebab mamom yang aku beli dulu bukan gold…dalam tue ada soya..so aku pos bagi jiran belakang rumah dekat pulai… :p

so stop sampai lah awal bulan puasa hari tue…drop susu…actaully sebelum tue seminggu aku kena food poisining… teruk giler! flat…berat pun susut..mau tak…pooping & muntah berhari-hari…nasib tak kena tahan masuk wad jer… :(so masa tue nak kejar balik nak dapatkan rentak susu balik…so ai beli mamom gold… dah sihat…makan mamom gold 3 hari… sampai dapat rentak balik penyusuan anak..and stok balik susu… alhamdulillah masih berjaya lagi sampai sekarang… so aku guna macam biasa 3 hari jer..pastu aku stop..and still manage dapatkan stok susu antara 15-18 oz dalam masa sehari (pam konsisten in between 10am, 1pm and 4pm) biasanya aku curi jer masa…tak kisahlah tengah meeting ker apa…..aku buka nursing cover, aku buka pam..aku pam jer… hahaha dedulu aku memalu nak pam depan org ramai..tapi aku ingat kawan aku yang memang tegar breastfeeding…dia cakap apa guna nursing cover… pakai jerlah.,.. :p

so bebaru nie aku stressed…so aku beli pumpit sapu-sapu terus susu banyak ehh… aaah..berkesan especially yang rilex mom tue… nak nak kalau ko sorang jaga anak…laki pulak kerja jauh.. so pakai malam time-time nak tidor..rilex jer 🙂 anak pun happy susu… tahu-tahu pagi pampers penuh membuak! happy baby… :p

so bagi aku senang jer… sebagai ibu yang nak breastfeed anak kena berfikiran positif..insyaAllah Allah akan permudahkan…yerlah kenkadang kalau fikir balik macam om sekarang still banyak menyusu..tapi aku dah x bagi 3 oz dah tapi aku bekalkan 2.5oz sebab dia dah kuat makan…so kenkadang susu dia berbaki ..tengok terbuang… susu tue kalau sejuk dia xmau minum…kalau kat rumah pun dia xder nak botol2..mau dia campak jer botol tue… haishh! so tuang membazir 3oz dalam sinki… grrrr

so teruskan usaha! jangan putus asa! pemangkin semangat saya adalah freezer samsung di rumah… :p hehehehe hadiah birthday last year.. kalau kosong rasa sayang…so mari penuhkan dengan susu!!

dulu aku guna pam manual…now aku guna pam elektrik dual pam…boleh single and double..so kalau om tengah minum sebalah lagi bekerja untuk single… 🙂 jimat masa dah tak yah tekan manual… salah satu pemangkin semangat…

benda wajib ada..nursing cover… so senang pam! di mana sahaja anda berada… 🙂

kadang-kadang plastic abis tetiba… so botol air kena ada..sebab boleh jadi tempat letak susu sementara… hehehehe

Gold & Bronze

orang cakap sebelum cerita basi, baik kita updated dulu sesiap…hahaha :p

alhamdulillah seiring kejayaan malaysia menggondol emas pertama dalam suka sea 2017, kami juga akhirnya berjaya juga mendapatkan emas… yeah! rezeki…tahun lepas kami dapat bronze..kali nie terus skip dapat Gold…alhamdulillah! thanks team mate! especially ketua kami! yeaaaah!

kami bangunkan mathematical mobile app untuk student yang abik satu kod subjek nie, so basically sebelum nie kami buat untuk exercise sahaja, yang di mana student buat exercise dalam mode easy, medium dan hard, dan kemudian bila dah siap terus submit kepada lecturer melalui emel, so lecturer boleh tengok markah dia orang. untuk submission, student kena masukkan student ID dan group…dan paling penting app yang dia orang ada nie..boleh online and offline…maknanya kalau data dia orang habis pun xper… dia orang boleh view juga…and once data dia orang reload…soalan kuiz/exercise yang dia orang tak boleh submit tadi akan auto submission…

so yang tue cerita tahun lepas! masa buat app nie, aku tengah pregnant om, start 6 bulan sampai 8 bulan nak dekat bersalin kot, sebelum aku cuti maternity kekekekke… so time pregnant om hadap lah benda rumit like math question untuk student business… T_T

cerita tahun ini, kami pergi lagi…dengan app yang sama cumanya kami dah upgrade exercise tadi jadi nota lengkap…kalau sebelum ini dalam tue cuma ada exercise, tapi yang nie pakej lengkap…ada exercise (sama macam previous submission direct terus ke lecturer..tapi dah upgrade! student juga boleh terus tahu kalau jawapan mereka salah or betul), nota, PLO & CLO, video introduction, animation and free download via google play and apple store 🙂 and boleh juga view sama ada online or offline! yahooo… so alhamdulillah kami menang…sebab memula dah cakap dah kalau tak menang nak pi tengok list kot-kot silver ker bronze juga ker…kan kan kan… so itu jer lah kot..cerita semalam!

nak jadi educator bukan senang, kena pandai trick student…dengan student sekarang yang sukakan gadget, mobile apps bagi aku sangaaaaat lah berguna..tapi student pun kenkadang suka juga nak benda free…like free wifi, or free data… or free apps… so dengan adanya senang..sebab benda free…takyah bayar..kalau takder data boleh view offline..kalau ada data boleh tengok online siap boleh submit exercise lagi…so is a fun learning!

Om dan Food

 

walla! sementara aku tengah kumpul mood untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh..meh jom cerita kejap pasal anak bujang no.2…sorry Afir…next time mama citer pasal afir dan telur! :p

ok om dan food…mmm..ceritanya aku nak mulakan dengan pengenalan om dan food..actually om delay makan…start dengan solid food / puri di awal usia 7 bulan setengah…orang cakap nak bagi anak makan kena make sure dia ready kan? awal usia 6 month tue dia tak ready pun nak makan lagi, walaupun aku dah beli and prepare food like fruit epal, avocado and pisang..end up aku ngan afir yang berjemaah makan bersama…kamilah jadi tong sampah..sebabnya masa nie om x pandai duduk lagi, so dia xpandai nak duduk..how nak makan? betul tak? so oklah aku tunggu sampai dia duduk baru aku intro balik

so end up umur 7 bulan tue dia dah start merangkak tapi tak pandai duduk, aku intro balik..nampak dia macam nak makan…masa  nie 3 suap x 2 kali intro..pagi and petang…nampak ada kemajuan..so aku tambah – tambah and tambah lagi…

so berjaya! food semua dia lepas and juga sayur! banyak makanan yang om dah explore! thanks to recipe by annabel karmel…kekekeke perghh! afir dulu aku banyak buat rujukan from pama & google…cuma untuk om aku banyak explore recipe by annabel karmel..y? sebab dia ada recipe untuk baby eczema..so lega! few recipe untuk tod, afir pun ada..lagi lah lega! sebab afir pun macam naik simptom eczema..tapi tak worst, dekat bahagian kaki…kalau dia makan telur naiklah…keruk keruk keruk T_T

ok nie antara list apa yang om dah lepas makan dengan jayanya…now kami tengah explore cheese…alhamdulillah om pun lepas cheese & telur… ayam pun! ikan salmon, jenahak dan merah pun lepas…

  • apple
  • banana
  • broccoli
  • carrot
  • bubur nasi kosong (mula-mula try brown rice, now aku guna beras organic premium baby rice dalam nie ada white rice, organic millet & organic quinoa)
  • bubur nasi with carrot
  • bubur nasi broccoli
  • bubur nasi with carrot + broccoli
  • bubur nasi cauliflower + ikan bilis + salmon + saderi
  • bubur nasi cauliflower + salmon + saderi + carrot
  • bubur nasi + kurma
  • bubur nasi + kurma + carrot
  • sweet potato puree
  • bubur nasi + barli + baby spinach + ikan tenggiri
  • bubur nasi + barli + pumpkin + ikan tenggiri
  • bubur nasi + carrot + salmon
  • bubur nasi + baby peas + salmon + cheese
  • bubur nasi + baby peas + ayam + cheese

and masih lagi explore…. untuk ayam kami guna ayam organic (dekat sini ada jual..rm20 untuk sekor ayam…) .. ikan mostly kami beli fresh except for salmon..bak beli fresh jenuh lah… :p

so basically untuk tumis kami guna olive oil from tesco untuk cook…memula guna hat organic dalam rm40 sebotol..now aku beli sahaja jenama tesco so masak guna tue..ada juga guna butter (unsalted butter anchor..)

untuk cheese aku beli jenama beqa..beli yg super tasty…sedap! anak beranak suka..hahaha..sayur mostly aku beli hat yang organic..adalah beli sayur kat kedai runcit biasa like pumpkin tue..aku beli selalu suku jer..kalau kat pasaraya dia jual sebijik…tapi yang makan labu tue om sorang jer..so beli suku sudaaaaah :p untuk nasi pula, kami masih lagi premium baby rice, ada dekat tesco juga, pergi tengok dekat organic food… untuk pasta aku tak pernah try lagi…hmmm…

nie salah satu food yang aku prepare untuk om, selalunya aku masak 3 sudu beras, boleh masak untuk 2 hari include untuk dinner sekali… nie baby peas + nasi + carrot + labu + salmon

rice + baby spinach + ikan bilis

nie kalau takder nasi pun aku stim jer semua nie…lemak – lemak ikan sahaja plus cauliflower tue pun sedap jer! creamy gitu!

yang nie pun intro mushroom! kali nie semua aku masak stimkan dulu lepas tue mushroom aku saute sahaja ngan butter… laju sahaja om makan!